
KUALA LUMPUR - Colours of Asia Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan khidmat fotografi potret dan perkahwinan tempatan jenama Candid Syndrome, merancang meluaskan sayap ke Australia bermula tahun 2010.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Jurufoto Utama Colours of Asia, Saiful Nang, sebanyak lima buah studio fotografi dijangka dibuka di negara tersebut iaitu di Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney dan Brisbane dengan kos perniagaan yang melibatkan pelaburan AUD$300,000 (RM945,207) setiap satu studio.
"Berkonsepkan fotografi studio dan bukannya fotografi perkahwinan seperti yang diamalkan di Malaysia, perniagaan di Australia akan bermula di Perth pada bulan Jun 2010.
"Kami menyasarkan menjelang tahun 2013, kelima-lima studio ini akan dibuka dan memulakan perkhidmatan," kata Saiful ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya yang terletak di Puchong baru-baru ini.
Setelah bertapak kukuh di kelima-lima cawangan itu, tambah Saiful, beliau akan menawarkan program francais bagi memperluaskan lagi perniagaan di negara terbabit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: