

PERTH - Hasrat seorang penjenayah wanita untuk mencuri sebuah kenderaan di sini malam kelmarin terbantut setelah dia mendapati kenderaan itu menggunakan gear manual.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, sejumlah saksi melihat seorang pejalan kaki menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di satu persimpangan jalan di Garret Road, di sini.
Jurucakap polis, Sarjan Greg Lambert berkata, dua rakan suspek kemudian terus menerpa sebelum bertindak membuka pintu, merampas kunci dan menghalaunya.
Kata Lambert, mangsa berumur 27 tahun itu diheret keluar sambil rambutnya ditarik.
Kegembiraan tiga wanita itu tidak lama kerana kereta tersebut berhenti hanya 150 meter dari tempat kejadian. Suspek dipercayai tidak mahir menggunakan transmisi manual.
Tiga suspek masing-masing berumur 33 tahun, 32 tahun dan 38 tahun ditahan polis selepas saksi kejadian menghubungi polis.
Kata polis, mangsa menggeletar ketakutan tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: