Sunday, November 15, 2009

Pantang maut sebelum ajal


TRELER yang membawa bungkusan dedak ayam terbabas lalu melanggar penghadang jambatan sehingga menyebabkan kepala treler tersebut terjuntai ke Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Seremban.


MESKIPUN kepala treler sudah tergantung pada ketinggian lebih 4.5 meter dan hampir terjatuh ke tengah Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Seremban petang semalam, namun pemandu dan kelindannya bernasib baik.

Kedua-dua mangsa yang tidak mengalami kecederaan bertindak pantas memanjat kepala lori untuk menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang sewaktu hujan renyai-renyai itu.

Tragedi lebih buruk mungkin boleh berlaku kerana separuh badan lori bermuatan bungkusan dedak ayam hanya tersangkut pada penghadang besi jejambat dengan minyak diesel daripada tangki telah menitis keluar.

Sementara itu, jurucakap polis semasa ditemui di tempat kejadian memberitahu, pemandu treler dikatakan gagal mengawal kenderaan setelah dipercayai cuba mengelak sebuah kereta dan motosikal di hadapannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: