Sunday, November 15, 2009

Nora Danish tidak profesional


Nora Danish


Kecoh dengan Spa Qistina? Apa sebenarnya berlaku?

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana tapi tujuan saya berjumpa Niezam ni untuk bagi tahu perkara sebenar. Saya memang sedih dan kecewa dengan situasi ini. Masalah ni berpunca apabila kami menukar team produksi. Semasa team pertama buat penggambaran selepas lima hari, kami dapati kualiti dan proses penggambaran tak mencapai piawaian yang dikehendaki oleh Astro. Jadi mereka pun menarik diri kerana team itu tidak mempunyai peralatan H.D iaitu standard yang Astro inginkan. Jadi kami terpaksa mencari team lain. Proses itu mengambil masa sehingga membuatkan jadual penggambaran terganggu.

Bagaimana dengan team baru? Kak Ton berpuas hati?

Apabila masuk team baru, semua jadual kami susun balik. Pada 3 November lalu, bermulalah penggambaran Spa Qistina di beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Syukurlah, saya berpuas hati dengan team baru ni.

Jika team ni tak ada masalah, apa yang kecoh? Khabarnya ada insiden panas di bumbung pusat beli belah Lot 10 di Bukit Bintang baru-baru ni?

Kisahnya pada 5 November lalu, kami memilih lokasi di sebuah disko. Pihak pengurusan disko itu memberi kebenaran untuk menggunakan premis mereka sehingga pukul 7 malam sahaja. Tetapi sayangnya jadual penggambaran tertangguh sebab cuaca kurang baik. Dalam masa yang sama juga ada masalah apabila seorang krew mempunyai kes kecemasan. Team berkenaan sepatutnya berada di lokasi pukul 1 petang tetapi pukul 3 petang baru mereka sampai. Perkara itu membuatkan berlaku sedikit salah faham.

Salah faham? Khabarnya di lokasi itu juga Fasha dan Nora Danish bertemu. Sedangkan mereka tidak digandingkan bersama?

Dalam perjanjian, memang tak ada adegan menggandingkan Nora dan Fasha. Pada hari kejadian, waktu penggambaran Nora diberi pukul 1 petang manakala Fasha Sandha pukul 4 petang. Disebabkan ada masalah masa membabitkan team tadi, maka keadaan tak dapat diselamatkan. Nora dah sampai awal dan dia berada di bilik mekap. Fasha pula datang tepat pada masa. Sayangnya penggambaran tak boleh bermula lagi. Bila Nora dapat tahu Fahsa berada di lokasi yang sama, dia mula tak sedap hati dan menganggap pihak produksi tidak bersikap profesional. Tapi apa yang kami hendak, dia cuba memahami situasi pada waktu itu tidak dirancang.

Apa yang berlaku ketika itu?

Apabila Nora dapat tahu yang Fasha sudah sampai, dia macam tak puas hati. Nora pun buat keputusan mengikut perasaannya. Dia hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya. Dia kata dia tak boleh nak buat penggambaran dan dia nak balik. Saya cuba pujuk tapi tak berjaya. Nora bagi alasan saya gagal memenuhi kehendak dia iaitu bagaimana Fasha boleh berada di dalam satu bangunan yang sama dengannya?

Kak Ton tak cuba bagi penjelasan kepada Nora?

Saya dah jelaskan macam-macam kepadanya tapi gagal. Anak saya pun melakukan perkara yang sama tetapi dia tetap berkeras untuk tidak meneruskan penggambaran. Kalaulah dia kata tak nak berlakon pada hari tu dan nak tukar hari lain, kami boleh terima dan sanggup ikut kehendak dia. Tapi kami terkejut apabila dia mahu menarik diri dan terus memulangkan skrip dan bayaran pendahuluan yang diterima pada hari berikutnya.

Apa komen Kak Ton mengenai tindakan Nora itu?

Saya agak sedih yang teramat sangat. Dia cuba membawa perasaan marah mungkin krisis di antara dia dengan Fasha. Tapi itu semua soal peribadi dia orang dan saya tak campur.

Kenapa Kak Ton tak fikirkan risiko yang akan berlaku apabila dua orang yang tak ada persefahaman dipertemukan dalam sebuah drama?

Pada mulanya Nora kata dia tak kisah bila kami turut menawarkan satu watak untuk Fasha. Malah dia kata boleh bekerja secara profesional. Fasha pun begitu juga. Tapi sekarang ini siapa yang tak profesional? Saya anggap Nora yang tidak ada sikap itu dan tidak cuba memahami masalah yang diluar jangkaan.

Ada isu kononnya Fasha cuba melobi untuk mendapatkan watak dalam drama ini. Benar begitu?

Saya nak bagi tahu Fasha tidak pernah minta kerja dengan saya. Dia pun tak pernah tanya Nora ada atau tidak dalam Spa Qistina ni. Saya gembira apabila Nora dan Fasha masing-masing cakap tak kisah. Sebab itulah saya ambil dia orang berlakon. Tak sangka jadi macam ni.

Kak Ton kata Nora ada buat permintaan agar mereka tidak dipertemukan di set penggambaran. Tapi mereka sebenarnya bertemu dalam satu majlis pertunjukan fesyen di Pavillion pada 8 November iaitu tiga hari selepas kejadian di Lot 10 itu?

Ya, saya tahu. Saya pun terkejut. Kalau Nora bagi syarat kepada saya tak mahu Fasha ada dalam satu bangunan dengan dia, kenapa untuk majlis pertunjukan fesyen itu Nora tak bagi syarat serupa? Malah Nora dan Fasha turut mengambil bahagian memperagakan pakaian. Alasan Nora, pertunjukan fesyen dan berlakon drama itu berbeza. Saya agak terkilan dan kecil hati dengan sikap dia. Saya tahu, Nora tak berani buat masalah kerana pertunjukan fesyen itu adalah anjuran syarikat antarabangsa.

Pertunjukan fesyen itu diadakan pada sebelah malam. Pada siangnya penggambaran di lakukan di Shah Alam. Fasha datang masa tu?

Dia datang macam biasa dan tepat pada waktu. Tapi sayang mood dia berubah selepas dia baca satu rencana dalam akhbar yang mengguris hatinya. Gara-gara kejadian itu, Fasha tak mahu berlakon.

Apa kesimpulan yang dapat Kak Ton katakan berhubung hal ini?

Saya anggap Nora Danish tidak profesional. Dia juga tak hormat saya. Sebagai seorang ibu dan wanita, saya faham perasaannya tapi dia tidak cuba untuk faham apa yang berlaku. Saya sedih sebab saya telefon dan hantar SMS nak jumpa untuk berbincang, dia tak penuhi permintaan saya itu.

Bagaimana dengan pengganti Nora?

Kami undang Umie Nazeera. Alhamdulillah, dia bagus. Ada komitmen yang tinggi. Setakat ini tak ada masalah dengan dan kami berpuas hati dengan semangat dia

Apa pengajaran yang Kak Ton dapat terhadap apa yang berlaku?

Ada positif dan negatif. Apa-apa pun saya ambil kejadian ini sebagai satu pengajaran yang baik. Saya harapkan apa yang terjadi ini akan memberi kesan baik terhadap produksi saya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: