Tuesday, November 10, 2009

Memudahkan proses bersalin


kesakitan semasa proses kelahiran terubat apabila bayi selamat dilahirkan.


Kesakitan dan keletihan adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh setiap bakal-bakal ibu dalam proses melahirkan bayi ke dunia ini.

Walaupun itu dikatakan nikmat sebenarnya bersalin, namun ada sesetengah wanita yang tidak dapat menahan kesakitan atau menghadapi masalah semasa proses bersalin lalu memilih untuk menggunakan teknologi yang boleh mengurangkan dan melegakan azab yang dihadapi.

Seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dalam dunia perubatan, ada bakal ibu memilih untuk bersalin secara pembedahan atau menikmati kecanggihan ubat-ubatan dengan fungsi untuk mengurangkan sakit bersalin .

Sebab itu bakal ibu zaman ini sudah terlalu biasa dengan istilah-istilah seperti caesarean, induce, epidural, vasektomy, etonox,episiotomi, opiate, bersalin di dalam air dan pelbagai lagi teknik rawatan bagi membantu memudahkan proses bersalin.

Sebelum menentukan pilihan kaedah melegakan kesakitan ketika bersalin bakal ibu perlu berbincang dengan doktor untuk mengenalpasti yang mana paling sesuai untuk dirinya.

Ini kerana, setiap kaedah mempunyai kebaikan dan keburukan dan harus mempertimbangkan semuanya serta membuat keputusan sendiri kerana segalanya akan memberi kesan kepada diri bakal ibu juga nanti.

Antara kaedah memudahkan proses bersalin:

Suntikan opiate

Sejenis suntikan ubat pelali yang diberikan pada otot di kawasan punggung.

Penyedutan entonox

Campuran oksigen dan nitrus oksida yang disedut dengan menggunakan topeng muka ketika kontraksi.

Suntikan epidural

Jarum yang berongga dicucuk antara dua ruas tulang belakang ke dalam ruang epidural dan satu tiub plastik dimasukkan melalui jarum tersebut. Ubat bius dimasukkan melalui tiub itu sepanjang masa bersalin.

Episiotomi

Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal.

Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi.

Pembedahan caesarean

Doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan caesarean dalam keadaan-keadaan tertentu, sama ada secara pilihan atau kecemasan semasa dalam bilik bersalin kerana sebab berikut:

l bayi berkedudukan songsang

l proses bersalin yang terlalu lama tanpa sebarang kemajuan

l kadar degupan jantung bayi semakin menurun ketika bersalin

l saluran kelahiran terlalu sempit

l masalah kesihatan ibu, seperti tekanan darah tinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: