Wednesday, November 18, 2009

Melindungi anak-anak


KANAK-KANAK yang sedang membesar memerlukan perlindungan yang sewajarnya terutama dalam aspek pemakanan.


ZAMAN kanak-kanak sentiasa dipenuhi dengan keceriaan dan keseronokan. Ini kerana pada waktu itulah kanak-kanak akan mula meneroka dunia yang luas mengikut cara mereka sendiri.

Bermain sama ada di dalam atau di luar rumah merupakan antara cara untuk menjadikan anak-anak lebih kreatif dan bijak dalam mengenali dunia indah mereka.

Namun, dalam memberi kebebasan kepada si manja untuk meneroka persekitaran yang didiami, jangan pula lupa tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk memberikan perlindungan terbaik kepada anak-anak.

Tambahan pula, seiring dengan peningkatan usia, setiap kanak-kanak boleh dijangkiti dengan pelbagai jenis penyakit seperti batuk, selesema, demam, cirit-birit dan muntah-muntah. Terbaru, jangkitan influenza A H1N1 juga perlu diawasi sebaik mungkin.

Sistem imunisasi

Menurut Pengarah Eksekutif Perniagaan Bahagian Susu, Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh, jatuh sakit adalah satu perkara normal yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

"Tetapi, situasi sebegini harus dicegah kerana ia akan mengganggu aktiviti harian dan pembelajaran kanak-kanak. Di samping itu, jika tidak dikawal penyakit tersebut boleh berpanjangan dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

"Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menjaga tahap kesihatan anak-anak dengan memastikan mereka diberi makanan yang seimbang dan pengambilan produk berkhasiat yang dirumus khas bagi menguatkan pertahanan badan si manja anda," ujar Hau Chieh dalam satu taklimat media mengenai Imuniti Bagi Kanak-Kanak dan Inovasi Susu di Petaling Jaya baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah dua penyelidik utama dari Pusat Penyelidikan Nestle iaitu Dr. Laurent B Fay dan Dr. David Philippe. Menurut Philippe yang merupakan Saintis Kajian Kumpulan Imunologi Nestle, beliau mendefinasikan sistem imunisasi sebagai jaringan sel, tisu dan organ yang terletak di seluruh tubuh.

"Ia berfungsi melindungi kita daripada pencerobohan bakteria, parasit, kulat serta virus," katanya.

Tambahnya, sistem pertahanan badan kanak-kanak sentiasa berkembang dan memerlukan sokongan untuk berfungsi sepenuhnya.

Oleh itu, amat penting bagi memastikan mereka mendapat makanan yang pelbagai dan seimbang dengan pengambilan imunonutrien seperti vitamin A, C dan E serta mineral yang terdiri daripada zat besi, zink dan selenium.

"Zaman kanak-kanak adalah tempoh tumbesaran paling pantas dan dramatik. Ketika inilah mereka akan meneroka persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit. Jadi, nutrisi adalah jawapan kepada tumbesaran yang sihat," jelas beliau.

Dalam pada itu, Philippe menegaskan bahawa prebiotik dan probiotik mempunyai fungsi yang sangat penting dalam membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi badan.


PENGARAH Eksekutif Perniagaan Bahagian Susu, Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh melihat pek susu Nespray bersama David Philippe (kiri) dan Laurent B Fay.


Kandungan makanan

Menurut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik merupakan mikroorganisma hidup (bakteria baik) yang jika diambil dalam jumlah secukupnya dapat menghasilkan kesan kesihatan kepada perumahnya.

Prebiotik pula adalah kandungan makanan tidak boleh dicerna yang membantu pertumbuhan dan aktiviti sesetengah bakteria baik.

"Kombinasi prebiotik dan probiotik dalam makanan boleh memastikan bakteria baik dapat membantutkan pertumbuhan bakteria tidak baik dalam usus seterusnya mengurangkan risiko sesetengah jangkitan gastrousus.

"Ia juga boleh 'melatih' pertahanan badan untuk menjadi lebih kuat kerana usus yang sihat menjamin kesihatan badan," katanya.

Menurut beliau lagi, hasil usaha Pusat Penyelidikan Nestle dalam menggabungkan kesan perlindungan prebiotik dan probiotik telah menghasilkan Active Protection (TM).

Formulasi inovatif itu menampilkan probiotik Nestle tersendiri iaitu Lactobacillus Protectus atau nama saintifiknya Lactobacillus Paracasei.

Lactobacillus Protectus sesuai dimasukkan ke dalam susu tepung kerana ia boleh bertahan ketika proses pengeluaran.

Tambahan pula, ia dapat hidup dalam saluran gastrousus kanak-kanak dan mempengaruhi pertumbuhan populasi bakteria baik secara positif.

"Ia didapati dapat mengawal cirit-birit (bukan rotavirus) dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur dua tahun," ujarnya.

Tegasnya, Lactobacillus Protectus paling berkesan apabila digabungkan dengan komponen prebiotik yang dipanggil Prebio 1:FOS/Inulin. Gabungan kedua-dua prebiotik dan probiotik dalam usus akan memastikan sistem penghadaman yang baik. FOS dan Inulin boleh membantu mengawal atur perjalanan usus kerana ia merupakan sejenis serat.

Inovasi susu

Nespray Growing Up Milk dengan Active Protection (TM) merupakan bukti terbaik hasil usaha berterusan Pusat Penyelidikan Nestle yang berpusat di Switzerland dalam menukarkan hasil kajian saintifik kepada produk yang boleh membantu membina masa depan yang cerah dan sihat untuk kanak-kanak.

Selain kebaikan Active Protection (TM), ia juga ditambah dengan asid lemak omega 3 dan 6 serta DHA (asid dokosaheksaenoik), ARA (asid arachidonik) dan SA (asid sialik). DHA, ARA dan SA adalah komponen penting dalam sel otak.

Pusat Penyelidikan Nestle adalah institusi peneraju dalam penyelidikan makanan, pemakanan dan sains hayat. Ia menyasarkan enam cabang faedah kesihatan iaitu Tumbesaran & Perkembangan, Perlindungan, Kesihatan Usus, Prestasi & Kecantikan, Pengawalan Berat Badan dan Peningkatan Usia dengan Sihat.

Pusat itu telah menerbitkan lebih 200 jurnal penyelidikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: