Wednesday, November 11, 2009

Mel Gibson tidak curang


KEKASIH Mel, Oksana bimbang jika lelaki itu kembali kepada tabiat lamanya bertukar-tukar pasangan.


SUSAH betul nampaknya menjadi pasangan kepada lelaki yang digelar simbol seks Hollywood, Mel Gibson. Itulah tekanan yang dihadapi pada awalnya oleh teman wanita Mel iaitu Oksana Grigorieva.

Oksana yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan, Lucia hasil hubungannya dengan Mel sebelum ini percaya bahawa lelaki yang dicintai sepenuh hatinya itu tidak bersikap curang dengan wanita lain di luar.

Walaupun dia tahu Mel menjadi dambaan golongan wanita di luar sana, hakikatnya Oksana mempercayai Mel tidak lagi berminat ke arah kehidupan lampaunya yang gemar bertukar-tukar pasangan.

"Kalau dia (Mel) hendak lakukan perkara yang menyakiti hati saya apabila menjalinkan hubungan dengan wanita lain, sudah lama rasanya dia boleh lakukan walaupun tanpa pengetahuan saya.

"Tetapi saya dapati Mel merupakan seorang lelaki yang berhati perut dan mengamalkan sikap jujur dalam hubungan kami ini," katanya.

Oksana yang mempunyai anak lelaki, Alexander, 12 hasil daripada hubungan dengan aktor Timothy Dalton mengaku dia tertarik dan jatuh cinta dengan aktor berusia 53 tahun itu disebabkan sikapnya yang sering berjenaka dan kelakar.

Oksana memberitahu kepada majalah Britain's Glamour: "Mel seorang lelaki yang sungguh tanpan dan hebat. Dia juga merupakan pelakon versatil dan punya bakat sebagai pengarah berbakat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: