|
Ibarat air laut lah ada pasang surutnya. Nama seseorang selebriti juga ada masa di atas dan pada masa lain pula turun ke bawah. Semasa masih senang... inilah masa yang sesuai untuk mempersiapkan diri menghadapi masa sukar nanti. Mawi kini masih diterima oleh peminat sebaiknya walaupun impaknya tidak lagi sebesar sebagaimana selepas dia menjuarai Akademi Fantasia 3, empat tahun lalu. Sebab itulah Mawi mula berkira-kira meluaskan empayar perniagaan, tidak hanya tertumpu kepada pendapatan sebagai penyanyi semata-mata.
![]() Mawi dan isteri Ekin. "Dulu saya sendirian, sekarang saya sudah ada tanggungjawab terhadap isteri," kata Mawi pada majlis perasmian syarikat MW Entertainment baru-baru ini. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Mawi tidak mahu bergantung kepada punca pendapatannya sebagai penyanyi sebaliknya mahu meneroka perniagaan dalam bidang seni melalui syarikat tersebut. Baguslah... Mawi nampaknya sudah bersedia menghadapi zaman kejatuhan. Apabila waktu itu tiba, Mawi masih lagi boleh aktif melalui syarikat yang ditubuhnya. Malah sejak awal lagi Mawi pernah mengatakan dia sentiasa bersedia untuk tidak berada di puncak kerana sedar suatu hari nanti ada orang lain yang mengambil tempat tersebut. Sebab itu dia sentiasa bersedia dan merancang masa depan daripada sekarang. Terbit program TV ![]() Razali Ibrahim merasmikan majlis. MWE juga mengambil alih tugas menerbitkan program pengembaraan Langkah Mawi musim kedua. "Langkah Mawi musim pertama diterbitkan oleh pihak Astro. Alhamdulillah MWE diberi kepercayaan menerbitkan Langkah Mawi 2 yang akan disiarkan bermula 25 November ini," kata Mawi. ![]() Mawi bersama VIP dan sebahagian penaja. Kali ini Mawi dan Ekin melangkah ke Melbourne, Australia, Hong Kong dan Bangladesh. Mereka memasuki masyarakat di sana dan menyampaikan maklumat dalam konsep bersantai.
|
Wednesday, November 18, 2009
Mawi plan zaman kejatuhan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: