|
Semasa nama kumpulan Search digilai dan disukai ramai, apa sahaja yang dilakukan oleh anggota kumpulan itu menjadi ikutan. Semasa mereka ghairah berambut panjang, kita lihat peminat muzik rock turut berambut panjang. Fesyen katanya. Segala-galanya kerana pengaruh kuat yang dibawa oleh nama besar kumpulan itu dan kegilaan mereka kepada si penyanyinya Amy. Kini Amy berhijrah dan imejnya lebih kepada pemuda Muslim yang mengikut cara Islam tanpa meninggalkan kerjaya muzik yang membawanya kepada kehidupan sempurna hari ini. Adakah peminat juga ikut cara Amy?
![]() Amy tenang di Mekah. "Kalau mereka tergerak hati untuk ke sana setelah mendengar cerita pengalaman saya, saya anggap itu satu dakwah sayalah.
"Ada peminat yang menelefon saya mengatakan `kalau lu pergi gua pun kena pergi juga'. "Saya sangat bersyukur kalau penghijrahan saya ini membuatkan mereka terbuka hati," kata Amy semasa ditemui selepas melancarkan buku Koleksi Terbaik Cerita-cerita Dari Mekah Mastika baru-baru ini. Buku tersebut memuatkan cerita-cerita menarik dan pelik yang dialami oleh individu semasa menunaikan haji dan umrah di Mekah. Kisah Amy juga turut dimuatkan dalam buku terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. itu. Konsert di London Search masih hangat dan mendapat ![]() Menatap kandungan buku koleksi Mastika. Search juga dapat undangan untuk mengadakan konsert di London, Dublin dan Liverpool sekitar Februari depan. "Persatuan pelajar Malaysia di sana yang menganjurkan konsert ini," kata Amy kepada Mangga Online.
|
Wednesday, November 18, 2009
Amy syukur peminat ikut jejak ke Tanah Suci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: