Monday, November 16, 2009

Manohara buat dakwaan palsu


TENGKU Muhammad Fakhry (kanan) meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu semalam selepas perbicaraan kes tuntutan kembali taat terhadap isterinya, Manohara Odelio Pinot.


KOTA BHARU - "Manohara tidak pernah mengadu kepada saya mengenai dirinya didera."

Demikian pengakuan Tengku Azwani Tengku Iskandar, 26, kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini ketika prosiding perbicaraan kes tuntutan kembali taat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot, 21.

Tengku Azwani yang merupakan saksi tunggal kes tersebut memberitahu perkara itu di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Yusof Awang ketika diajukan soalan oleh peguam syarie plaintif, Zainul Rijal Abu Bakar.

Zainul Rijal menyoal Tengku Azwani yang merupakan sepupu kepada plaintif mengenai dakwaan Manohara yang didera oleh Tengku Muhammad Fakhry seperti yang disiarkan dalam akhbar tempatan dan media di Indonesia baru-baru ini.

"Itu tidak benar sebab saya sentiasa bersama defendan (Manohara), kalau ada mesti dia mengadu kepada saya.

"Hubungan Manohara dan Muhammad Fakhry dilihat sangat baik serta mesra," kata Azwani sambil menjelaskan rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari istana sepupunya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: