Monday, November 16, 2009

Hanya 23% pencarum KWSP ada penama


KAKITANGAN KWSP bersedia memberi penerangan berhubung pelbagai kemudahan yang disediakan oleh agensi itu kepada pencarum.


KUALA LUMPUR - Hanya tiga juta pencarum atau kira-kira 23 peratus daripada 12.4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat penamaan setakat ini.

Prihatin dengan masalah tersebut, KWSP melancarkan kempen kesedaran untuk mengingatkan ahli mengenai pentingnya mereka membuat penamaan simpanan sebagai usaha melindungi kebajikan keluarga sekiranya ahli meninggal dunia.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, penamaan itu akan menentukan siapa yang sepatutnya menerima simpanan KWSP ahli dan juga boleh memberikan pelindungan kewangan kepada waris.

"Penamaan itu bukan sahaja boleh mempercepatkan urusan bayaran pengeluaran kepada waris malah ia dapat mengelakkan orang tersayang daripada terus menderita.

"Tanpa penamaan, waris ahli perlu mengemukakan dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau Perintah Pembahagian daripada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong permohonan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: