Thursday, November 19, 2009

Malu berlakon babak seks


NICHOLAS TSE


AKTOR Nicholas Tse masih sedang berbincang dengan pengarah, Dante Lam mengenai babak atas katil untuk filem terbarunya, Xian Ren. Ia bukannya babak pornografi dan tiada kaitan dengan isterinya, Cecilia Cheung.

Nicholas telah disuruh oleh pengarah untuk merakamkan babak seks tetapi aktor berusia 29 tahun itu memberitahu, "Saya masih berbincang dengan pengarah. Namun, rasanya peratusan untuk merakamkan babak itu agak rendah. Saya tidak pernah merakamkan babak sebegitu dan masih belum bersedia untuknya."

Apabila ditanya sama ada dia takut lakonan babak itu akan menyebabkan isterinya yang sedang mengandungkan anak kedua mereka cemburu, Nicholas menyatakan ia bukan satu masalah besar.

"Masalah terbesar bagi saya adalah diri saya sendiri."

Pada masa yang sama, Nicholas turut mendedahkan bahawa dia dan Cecilia selesema kerana terjangkit daripada anaknya, Lucas. "Cecilia kini muntah teruk kerana mengandung. Kami kena tidur berasingan supaya boleh sihat secepat mungkin."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: