
Lebih menguatkan dakwaan, pasangan ini tampil berkolaborasi menerusi lagu Penyelamat Cinta yang turut dimuatkan dalam album sulung Liyana Jasmay yang baru saja dilancarkan, baru-baru ini. Akui lagu itu sangat istimewa buatnya, Liyana memberitahu, Penyelamat Cinta bukan saja lagu duet pertamanya dengan Aizat, tetapi juga hasil ciptaan mereka bersama.
Tidak kisah sekiranya mereka terus digosipkan kerana lagu itu, dengan optimisnya, pelakon dan penyanyi kecil molek ini berkata, setidak-tidaknya gosip itu akan membantu mempromosikan lagu serta album sulungnya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: