LEONARDO DiCaprio dilaporkan telah membelanjakan sebanyak 1400 dolar untuk barangan kosmetik.
Bintang Titanic itu dikatakan telah membeli produk-produk tersebut di Blue Mercury, Los Angeles.
Antara produk yang dibeli itu ialah topeng muka (facemasks), pelembap, krim mata, losyen anti-penuaan, sabun muka dan penyegar.
Rakan beli-belahnya, Bonnie Lockhart berkata: "Leonardo bertanya banyak soalan dan agak berminat terhadap krim anti-penuaan."
Namun begitu, publisis aktor tersebut berkata, produk tersebut adalah untuk dijadikan hadiah kepada orang lain.
Dalam pada itu, Leonardo kini dikatakan sedang cuba untuk menurunkan berat badan untuk menjayakan filem Inception.
"Berat badan Leonardo bertambah baru-baru ini dan badannya nampak agak menggeleber...ia tidak bagus kerana dia akan nampak lebih gemuk di depan kamera.
"Dia akan terbabit di dalam sebuah filem aksi pada akhir tahun ini yang mana dia perlu tampil kurus, jadi pasti ada tekanan padanya.
"Dia sedang mengamalkan diet dan mengamalkan senaman. Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam apa yang dilakukan, jadi walaupun ia agak sukar untuknya, dia pasti tetap akan berjaya," kata sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: