Tuesday, November 17, 2009

Kolagen emas serikan wajah


Ziela Che Noor menyapukan IZ 24K Gold Collagen Series pada wajah seorang pelanggan tetapnya.


BERMACAM-MACAM cara boleh dilakukan oleh wanita bagi menambah pendapatan termasuk dengan berniaga. Pokoknya jika rajin berusaha maka pendapatan boleh dijana hingga berlipat kali ganda. Malah ada yang memperoleh pendapatan melebihi daripada gaji bulanan yang diterima.

Suri rumah juga boleh turut menambah pendapatan tanpa meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Pendapatan yang diperoleh boleh digunakan untuk perbelanjaan rumah tangga dan anak-anak serta dapat meringankan beban suami.

Dengan hasrat bagi membantu suri rumah dan kaum wanita menjana pendapatan sampingan, Ziela Che Noor mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual produk penjagaan kulit IZ Gold Collagen Series 24k.

Menurut Ziela, dengan bermodalkan sebanyak RM300, seseorang itu boleh mendapatkan produk penjagaan kulit IZ Gold Collagen Series 24k dan mendapat rawatan muka gold collagen secara percuma.

''Bagaimanapun harga untuk ahli lebih murah 50 peratus dan ini bermakna ahli akan mendapat keuntungan sebanyak 50 peratus juga. Jika seseorang itu dapat menjual sebanyak tiga kotak sahaja sebulan maka mereka boleh mendapat kira-kira RM450 sebulan.

''Lebih menariknya ialah selain menggunakan produk tersebut, pembeli boleh mendapatkan rawatan muka secara percuma dan ini mempercepatkan kesan yang dapat dilihat pada wajah,'' kata Ziela ketika ditemui di kedainya di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Kata Ziela, pengguna tidak perlu bimbang menggunakan produk penjagaan kulit IZ Gold Collagen Series 24k ini kerana ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah setahun berada dalam pasaran.

''Produk penjagaan kulit ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menghadapi masalah jeragat, bintik hitam, bintik putih, berkesan untuk anti penuaan, mengurangkan garis halus dan menegangkan kulit.

''Minggu pertama penggunaannya adalah bagi proses rawatan masalah yang dihadapi pengguna dan hasilnya mula dapat dilihat pada minggu kedua.

''Pada ketika ini, jeragat nampak menipis dan jerawat menjadi kecut. Kekuatan utama pada produk ini ialah bahan yang terdapat di dalamnya seperti kolagen yang bertindak sebagai pemakanan kulit serta kelenjar dalaman dan berkesan untuk anti penuaan,'' jelasnya lagi.

Ziela berkata, produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia tidak akan membuatkan kulit pengguna berasa panas, tidak menggelupas dan kulit nampak seperti semula jadi.

Beliau turut mempelawa sesiapa sahaja yang ingin menjadi stokis atau pengedar produk tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: