
SIEM REAP - Polis Kemboja semalam menjelaskan seorang warga Thailand didakwa kerana mengintip bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang boleh meningkatkan ketegangan antara kedua-dua buah negara.
Berita itu tersebar semasa Thaksin bermain golf dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Siem Reap.
Sebelum ini kerajaan Kemboja enggan menangkap Thaksin dan menghantarnya pulang ke Thailand seperti yang diminta oleh Bangkok.
Thaksin yang digulingkan oleh junta tentera sebagai perdana menteri pada 2006 dikehendaki oleh Thailand untuk dipenjarakan kerana kesalahan rasuah.
Warga Thailand yang ditangkap itu, Siwarak Chothipong, 31, bekerja untuk Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara Kemboja.
Menurut polis, dia ditahan pada Khamis lalu kerana memberi maklumat berhubung jadual ketibaan pesawat yang dinaiki Thaksin kepada Kedutaan Thailand.
"Kami mendakwanya di mahkamah kelmarin atas dakwaan memberi maklumat berhubung keselamatan negara Kemboja.
"Dia cuba mencari maklumat mengenai pesawat khas yang dinaiki Thaksin untuk disalurkan kepada pihak ketiga," kata jurucakap polis, Kirt Chantharith.
Timbalan Ketua Polis Kemboja, Sok Phal berkata, penangkapan itu menyebabkan Phnom Penh mengusir setiausaha pertama kedutaan Thailand.
Thailand turut membuat tindakan yang sama.
Namun, Menteri Luar Thai, Kasit Piromya memberitahu pemberita di Bangkok bahawa dakwaan Kemboja itu tidak benar.
"Itu tidak benar. Ia merupakan dakwaan paslu," katanya.
Thaksin tiba di Kemboja pada Selasa lalu bagi menerima tawaran sebagai penasihat ekonomi yang ditawarkan oleh Hun Sen.
Namum tindakan itu dibantah Bangkok berikutan Thaksin menimbulkan banyak masalah di Thailand selepas digulingkan tentera pada September 2006 termasuk melarikan diri ke luar negara bagi mengelak hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: