Tuesday, November 17, 2009

Jolie-Pitt jadi tumpuan


JOLIE dan Pitt semasa mengunjungi Muzium Seni Kontemporari di Los Angeles.


LOS ANGELES – Pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie menjadi tumpuan banyak pihak berikutan kehadiran mereka berdua secara tiba-tiba pada satu majlis di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedua-dua mereka yang berlakon dalam filem Mr. & Mrs. Smith berjalan bersama di luar bangunan Muzium Seni Kontemporari di sini baru-baru ini.

Pasangan tersebut kemudian memasuki bangunan itu sebelum melihat karya artis terkenal seperti Jackson Pollock dan Piet Mondrian.

Mereka dilihat berdiri berjauhan antara satu sama lain tetapi Jolie kelihatan keletihan.

Jolie, 34, memakai gaun hitam Armani Prive manakala Pitt, 45, turut memakai pakaian yang berwarna sama dengan kekasihnya itu.

Kehadiran mereka berdua tanpa anak-anak seperti Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox merupakan sesuatu yang aneh.

Pasangan tersebut kemudian menyertai sejumlah artis terkenal lain dalam satu majlis makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-30 muzium berkenaan.

Mereka kemudian menyaksikan persembahan Lady GaGa dan sekumpulan penari balet.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: