![]() |
| PREJEAN |
NEW YORK – Bekas ratu cantik California, Carrie Prejean memiliki lapan pita rakaman video seks dan 30 gambar bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Setiap pita itu menurut
sebuah laman gosip selebriti, Radaronline, menunjukkan dia melakukan ‘aksi erotik’ secara bersendirian sama seperti
beberapa pita seks sebelum ini.
Sebahagian daripada gambar-gambar seksi Prejean, 22, yang terbongkar baru-baru ini memaparkan dia merakamkan sendiri dirinya yang berbogel di hadapan cermin.
Bekas ratu California itu mencetuskan kontroversi pada awal tahun ini apabila dia secara terbuka mengkritik perkahwinan sesama jenis.
Dia turut hilang gelaran ratu cantik California pada 10 Jun lalu kerana gagal melakukan tugasnya dengan baik sebagai pemenang.
Prejean memfailkan saman terhadap penganjur pertandingan ratu cantik itu.
Namun dia menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah pada 3 November lepas kerana sebuah pita video seks mengenai dirinya diketahui peguam penganjur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: