RAPPER Jermaine Dupri dari Amerika enggan mengesahkan sama ada dia telah melamar Janet Jackson.
Pasangan ini berpisah pada awal tahun ini tetapi kemudian kembali bersama.
Perpisahan mereka hangat diperbincangkan selepas Dupri tidak hadir di upacara memperingati adik Janet iaitu Raja Pop Michael Jackson.
Janet mengesahkan perpisahan mereka pada September 2009 dalam satu temuramah dengan media.
Tambahnya: "Ramai orang mengajak saya keluar. Saya tidak melayan permintaan mereka setakat ini."
Bagaimanapun, beberapa minggu kemudian, pasangan itu kelihatan bersama di sebuah parti di Milan, Itali.
Tetapi sekarang Dupri menolak desas-desus perkahwinan itu.
"Mereka telah katakan isu ini untuk beberapa tahun tetapi anda tidak melihat tiada cincin di jari saya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: