
Mungkin sesetengah orang akan menyamakan Jalang dengan filem ‘Isteri, Perempuan dan....’ arahan U Wei Saari sedikit masa lalu kerana genrenya yang mengisahkan tentang wanita yang terperangkap dengan nafsu dan wang ringgit. Namun sejujurnya, filem lakonan Yasmin Khanif ini tidaklah sehebat filem lakonan Sofea Jane dalam ‘Isteri, Perempuan dan...’ yang mana impaknya masih berkesan di hati penonton sehingga ke hari ini. Sesiapa sahaja pasti tidak akan melupakan adegan ‘nasi kangkang’ yang dilakonkan oleh aktres jelita itu.
Bagaimanapun, sudah namanya ‘Jalang’ pastinya tidak sah tanpa adegan ‘panas’ mahupun di ranjang. Walaupun tidaklah keterlaluan, namun aksi Yasmin yang berani tampil seksi dan mendedahkan sebahagian dari susuk badannya pastinya akan mengundang kontroversi. Bagi penerbitnya sendiri, Imran Ismail, Jalang bukanlah filem lucah, jauh sekali mahu mengeksplotasikan wanita. Buktinya, filem ini telah lulus tanpa sebarang potongan dari Pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) walaupun diklasifikasikan dalam kategori 18 PL.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: