
KUALA LUMPUR - Selain telefon bimbit dan pelbagai barangan elektronik yang dijual pada diskaun sehingga 80 peratus, Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) adalah antara gajet yang paling mendapat sambutan pengunjung pameran tiga hari e-Fest 2009 di Mid Valley yang berakhir hari ini.
Gajet GPS yang didatangkan dengan peta bersepadu bandar (meliputi kira-kira 200 negara) ini mampu membantu pengguna hanya dengan satu butang mudah untuk pergi ke mana sahaja walaupun tidak memahami bahasa tempatan sesebuah negara.
Wakil pengedar K-One yang dikenali sebagai Sky berkata, orang ramai boleh mendapatkan gajet GPS ini pada harga RM699 sempena promosi e-Fest.

"Selepas pameran ini berakhir, harganya tidak akan dijual semurah ini lagi," ujarnya.
Sepanjang tiga hari pameran ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 9 malam, semua syarikat yang mengambil bahagian menawarkan potongan luar biasa kepada pengunjung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: