Thursday, November 19, 2009

Farah ditipu kekasih?




BARU-BARU ini, seorang teman Marilyn menerima kiriman e-mel daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada lelaki yang dikatakan kekasih kepada penyanyi Farah Asyikin.

Kandungan e-mel itu memang jelas menzahirkan perasaan tidak puas hati wanita yang hanya ingin dikenali sebagai N itu.

Teman Marilyn pernah berbicara dengan N di telefon apabila N sendiri menghubungi pejabat Kosmo!. Ketika itu dia turut meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh suaminya sendiri sebagai dalang sebalik penyebaran e-mel kepada pihak media untuk memburuk-burukkan nama Farah.

Dalam e-mel yang dikirim N kepada teman Marilyn juga, dia menjelaskan kemungkinan besar Farah telah ditipu oleh teman lelaki sendiri yang berbohong kerana terperangkap dalam satu situasi yang sukar.

Menurut N, dia dan M bukan bercerai pada tahun lepas ataupun pada bulan Jun seperti yang didakwa M dan Farah. Sebaliknya, N diceraikan dengan talak satu pada 3 Oktober hanya melalui e-mel yang dikirim oleh M.

"Sehingga hari ini saya masih tidak menerima sebarang surat cerai daripada M. Kalau anda semua kata saya tipu, sila rujuk kepada Mahkamah Syariah Singapura.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin M mempunyai alasan tersendiri atas tindakannya dan Farah pula tertekan kerana mempunyai hubungan dengan M.

"Saya faham Farah bukan janda terdesak kerana dia masih muda, cantik, berbakat, terkenal, berkedudukan dan terpelajar. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat ulang tahun (maaf terlewat sikit). Wishing You All The Best. Saya berharap agar semuanya akan berakhir dan tiada apa lagi yang dipertikaikan selepas ini.

"Saya dan anak menumpang gembira seandainya Farah dan M bertemu kebahagiaan dalam diri masing-masing," ujarnya.

Ermm.. Marilyn pun kadang-kala pening memikirkan masalah orang lain. Jalan mudah, Marilyn tidak mengadili siapa yang benar atau salah dalam hal ini.Semoga tiada apa yang dibangkitkan lagi selepas ini kerana sudah berlaku adil dengan menyiarkan luahan hati tiga pihak terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: