Monday, November 16, 2009

Dengarnya... Nana ke XFM hari ini


CIK Normah dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan secara rasminya meninggalkan stesen radio ERA Jumaat lalu dan pada hari ini memikul tugas sebagai penyampai radio XFM pula. Ketika cerita ini ditulis, Nana sedang menghabiskan cutinya.

Kesahihan cerita ini dimaklumkan sendiri orang kuat Era, Nazri Noran. Nampaknya selepas ini, suara Nana tidak akan berkumandang lagi di ERA. Kalau nak dengar suara Nana kena tukar ke saluran radio XFM pula. Nampaknya selepas Linda Onn ke Sinar FM, Nana pun turut mengikuti jejak yang sama.

Menurut Nazri yang diceritakan kepada teman sepejabat Cik Normah, apa yang dilakukan adalah hasil perbincangan pengurus stesen di AMP Network itu baru-baru ini. Barangkali apa yang dilakukan ini mungkin dalam usaha untuk memperkuatkan stesen ERA yang sudah dipintas Hot FM mengikut ukuran AC Nielsen.


“Dina dari XFM akan menggantikan tempat Nana di Era. Sekarang kita dalam proses membuat pertukaran dalaman dan sekali gus untuk menyahut cabaran baru bagi terus bersaing dengan stesen lain. Nana juga dilihat sebagai kekuatan untuk menaikkan rating pendengar di XFM, lalu atas alasan itu dia dipilih.

“Manakala untuk ERA pula kita cuba membuka peluang kepada penyampai baru seperti Dina untuk terus melakar kejayaan di sini. Harapnya kemunculan Nana di XFM akan memberi dimensi baru untuk menaikkan lagi nama stesen radio itu ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Cik Normah nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas kepada Nana di tempat baru. Semoga terus sukses. Hai Nana, bila lagi nak menimang anak. Kalau ada tanda, jangan lupa khabar dekat Cik Normah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: