MUJUR kawan sepejabat Cik Normah dapat menghubungi Darling Ngasri untuk menanyakan mengenai kesahihan sama ada sudah berbadan dua atau tidak. Bukannya apa, baru-baru ini ada khabar singgah mengatakan isteri kesayangan Nur Azlin Rahmat itu sudah ‘berisi’ selepas berbulan madu di Bali Julai lalu.
Alih-alih, hal itu dinafikan Darling. Kata Darling kepada teman sepejabat Cik Normah, kalau sudah ada isi, dia tidak akan teragak-agak menghebahkan perkara yang baik kepada semua. Dalam perbualannya itu juga, kakak kepada pelakon Anne Ngasri ini tidak pernah merancang dan sentiasa mengharapkan rezeki untuk bergelar ibu.
Mungkin bukan rezeki Darling lagi untuk menimang anak. Tak apalah, mana tahu esok lusa atau beberapa bulan lagi, kita akan mendengar khabar gembira. Oh ya, alang-alang menyebut kisah Darling, teringat pula Cik Normah mengenai kisah cinta lamanya dengan seorang pengarang hiburan sebuah surat khabar.
KIsah itu sudah tidak lagi menjadi bualan. Cerita lalu itu biarlah begitu dan tak usah dikenang. Cik Normah diberitahu Darling pun tidak pernah memburukkan cerita mengenai bekas kekasihnya itu. Baguslah, tak perlu ada dendam. Yang penting kehidupan mendatang harus diteruskan.
Terlanjur menyebut kisah mengenai anak, Cik Normah nak ucapkan tahniah kepada pelakon Noorkhiriah yang selamat melahirkan anak lelaki beberapa minggu lalu. Tak sabar Cik Normah nak lihat wajah anak pelakon genit itu. Tak lupa juga kepada Nisdawati yang menyambut kehadiran anak kedua. Wah! Murah rezeki betul Nisdawati.
Ketika ini, Cik Normah tertunggu-tunggu juga kot pelakon Eja dan Que Haidar nak menayangkan wajah anak mereka. Lama juga menanti, tapi sampai sekarang belum nampak pun bayang nak mengadakan majlis cukur jambul atau apa-apa yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: