Kita selalu dengar ada kalangan artis wanita kita yang memilih mat salih sebagai pasangan hidup. Walaupun jumlahnya tidak banyak tapi sudah semacam satu trend. Ada yang jodoh mereka panjang dan tidak kurang juga yang pendek.
Soal jodoh, kalau kahwin dengan orang tempatan pun belum tentu panjang atau pendeknya. Jadi Wanda tidak nak cakap soal jodoh tapi soal memenuhi trend semasa.
Yang hairannya, semacam tidak ada pula artis lelaki kita yang berkahwin dengan wanita mat salih. Kenapa agaknya lebih ramai artis wanita memilih mat salih sebagai pasangan mereka namun artis lelaki pula lebih senang memilih kalangan orang tempatan saja?
Adakah ini kerana artis lelaki kita tidak disukai oleh wanita mat salih atau artis lelaki kita lebih suka orang tempatan? Atau adakah lelaki mat salih lebih suka artis wanita kita dan artis wanita kita tak suka lelaki tempatan?
Artis lelaki tempatan sendiri nampaknya lebih senang dan cenderung untuk memilih bangsa sendiri sebagai pasangan. Mungkinkah kerana lelaki mat salih jauh lebih romantik menyebabkan ramai kalangan artis perempuan kita memilih mereka? Kalau ini benar tercabarlah lelaki tempatan.
Cuma sayang sekali, banyak juga perkahwinan artis wanita kita dengan mat salih berkecai di tengah jalan. Ada yang putus selepas bertunang. Mungkin kerana jodoh tidak panjang maka banyak daripada perkahwinan artis kita dengan mat salih pilihan putus di tengah jalan.
Berbeza pendapat dan budaya serta latar agama mungkin menjadi sebahagian punca permasalahan dalam rumah tangga yang dibina. Biar apa pun alasan, hakikatnya, artis wanita memang lebih banyak berkahwin atau menjalinkan hubungan dengan mat salih.
Sama juga seperti artis perempuan kita yang kelihatan lebih mampu hidup mewah dengan kerjaya di bidang seni berbanding artis lelaki. Adakalanya artis wanita yang kita tak begitu kenal pun atau hanya sebagai pelakon ekstra, tetapi gaya hidup tetap mewah.
Berbanding artis lelaki tempatan. Walaupun popular dan menjadi pujaan ramai, kehidupan mereka tidaklah semewah mana. Kalau ada pun yang mampu hidup mewah, memiliki kediaman besar dan kereta besar boleh dikira dengan jari.
Tapi daripada kajian yang Wanda buat, bayaran antara artis wanita dan lelaki lebih kurang sama saja. Mungkin ada lebih sikitlah tapi tidak boleh dijadikan faktor artis wanita hidup lebih bergaya. Adakah ini kerana artis wanita pandai simpan wang kerana mereka mempunyai cita-cita untuk mencari calon suami di seberang laut?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: