Thursday, November 19, 2009

Anderson buat pengakuan mengejut


ANDERSON (kanan) ditemu ramah oleh Kyle dalam program bual bicara yang disiarkan pada pagi semalam di stesen televisyen ITV1, England.


LONDON - Pelakon terkenal, Pamela Anderson mengaku bahawa dia memberitahu terdapat pita video seks antara dia dengan bekas suaminya, Tommy Lee kepada dua anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dibuat dalam satu program perbualan yang dihoskan oleh Jeremy Kyle untuk tayangan di stesen televisyen ITV1, England.

Anderson kini tinggal bersama dua anaknya itu, Brandon yang berumur 12 tahun dan Dylan berusia 11 tahun di dalam sebuah rumah treler di Los Angeles kerana mengalami masalah kewangan berhubung kos pengubahsuaian rumahnya di Malibu.

Pelakon itu menyatakan dia terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana filem Borat yang ditayangkan pada 2006 ada menyentuh mengenai pita video tersebut.

"Saya mengetahui bahawa kanak-kanak akan menyaksikan filem itu dan terdapat rujukan pita video seks tersebut," katanya.

"Saya cuma menjelaskan bahawa semasa itu, bapa dan ibu mabuk bercinta dan kami merakamkan semua perbuatan yang telah dilakukan bersama," tambah Anderson.

Dia turut mengaku pernah menggunakan kokain tetapi meninggalkannya kerana mendapati ia tidak sesuai untuk dirinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: