Tuesday, November 17, 2009

Anak didakwa bunuh ibu mati tergantung


KERATAN Kosmo! 12 November.


JOHOR BAHRU - Seorang tahanan reman yang sedang dalam perbicaraan kes bunuh ibu kandung ditemui mati tergantung di dalam sel Penjara Ayer Molek di sini malam kelmarin.

Mayat J. Saravanan, 22, ditemui tergantung di jeriji dinding dengan lehernya diikat menggunakan kain cadar tilam dan tuala.

Menurut bapa saudaranya, K. Chandran, 42, dia dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pegawai penjara pada pukul 11.20 malam.

"Kami dimaklumkan bahawa Saravanan ditemui tergantung oleh warden penjara yang baru memulakan tugas pada pukul 9 malam,'' katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

Ujarnya, meskipun terkejut dengan berita kematian Saravanan, dia sekeluarga tetap mahukan satu siasatan terperinci dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Katanya: "Sekiranya dia (Saravanan) mati setelah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kami semua dapat menerima keputusan tersebut dengan rela hati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: