Saturday, May 9, 2009

Terkini di Pawagam...





Filem: Power Kids
Genre: Aksi, Drama
Pengarah: Krissanapong Rachata
Pelakon: Johnny Nguyen, Nanthawut Boonrubsub, Sasisa Jindamanee
Tayangan: Mulai 7 Mei.

EMPAT kanak-kanak harus mengetepikan perbezaan, sebaliknya bersatu hati dalam drama penuh aksi ini. Wut, Pong dan Kat ialah sekumpulan rakan karib yang seronok menjalani latihan tinju tradisional Siam. Mereka berazam untuk membantu adik lelaki Wut, Wun, yang menghidap sejenis penyakit jantung. Mereka disertai Jib, gadis dari latar belakang yang cukup berbeza daripada Wut. Pada mulanya, semua kelihatan bagai sempurna sehinggalah tiba kejadian yang tidak disangka-sangka. Sekumpulan pengganas diketuai Paeda merampas sebuah hospital. Empat kanak-kanak tadi, apabila menyedari jantung baru Wun kini dalam bahaya, cuba menyelamatkan organ berkenaan dan mungkin hospital itu sekali. Namun, mereka belum benar-benar bersedia.

Filem: Mongol
Genre: Epik, Drama
Pengarah: Sergei Bodrow
Pelakon: Tadanobu Asano, Sun Honglei, Khulan Chuluun
Tayangan: Mulai 7 Mei.;

FILEM ini meneroka zaman penuh drama tahun-tahun awal kebangkitan pemerintah yang dikenali sebagai Temudjin (Tadanobu Asano) pada 1162. Ia melihat wajah bakal penjajah itu dari pelbagai sudut, mendedahkan dirinya bukan sebagai seorang yang kejam, sebaliknya lelaki yang penuh inspirasi, berani dan berwawasan. Mongol memaparkan cerita di sebalik pengwujudan seorang lelaki luar biasa yang menyediakan asas kepada begitu banyak keagungan, serta hubungan bersama isteri dan lelaki yang amat dipercayainya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: