Saturday, May 9, 2009

Budak kail keli gergasi




berjaya dipancingnya." title="NATALIE bersama ikan keli seberat 22kg yang
berjaya dipancingnya." border="0" width="300" height="202">
NATALIE bersama ikan keli seberat 22kg yang
berjaya dipancingnya.

BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan menggemparkan kaki pancing apabila memecahkan dua rekod serentak, termasuk menangkap ikan keli yang hampir sama berat dengan dirinya ketika memancing di Tasik Ratchaburi, Thailand.

Natalie Carter, 10, yang memiliki berat 31.75 kilogram bertarung kira-kira 45 minit di bawah sinaran terik matahari sebelum berjaya menjinakkan ikan geli gergasi seberat 22.27 kilogram.

Ikan itu yang hampir sama panjang dengan tubuhnya menobatkan Natalie sebagai pemegang rekod dunia pemancing ikan terbesar bagi kategori bawah 10 tahun dan jika layak, beliau turut memegang rekod bagi kategori bawah 16 tahun.

Beliau menutup hari bertuahnya itu dengan mencipta satu lagi rekod dunia bagi kategori usianya dengan menaikkan ikan haruan seberat 3.31 kilogram.


Namun, meskipun ikan keli yang ditangkapnya itu menjadi rebutan ramai, Natalie memutuskan untuk melepaskannya semula ke dalam air.


Bapanya, David dari Oxford, Oxon berkata, ikan itu amat kuat melawan tapi meskipun ada orang dewasa menawarkan bantuan selepas beliau penat, Natalie tetap enggan menyerahkan batang pancingnya.

“Jika beliau dibantu, catatan rekod itu tidak akan diambil kira. Suhu pada masa itu amat panas, kira-kira 38 Selsius dan batang pancingnya melengkung tapi Natalie tetap enggan menyerah hinggalah ikan itu keletihan dan berjaya ditarik ke tebing,” katanya.

Natalie menggunakan umpan hidup ketika memancing di tasik yang terletak dua jam perjalanan dari Bangkok.

David, 41, turut berkata, pemancing Eropah dan Amerika Syarikat yang turut berada di tepi tasik begitu mencemburui kejayaan anaknya itu.

Natalie pula gembira kerana memperoleh pengalaman hebat itu.

“Bapa cemburu melihat saya tapi saya bertekad tidak mahu melepaskannya. Saya akan cuba memecahkan lebih banyak rekod lagi,” katanya.

Pemandu profesional, Jean-Francois Helias berkata, kejayaan menaikkan ikan itu bukan mudah bagi seorang yang begitu muda.

“Beliau terpaksa bertarung hampir sejam di bawah sinaran matahari yang terik ketika musim kering.

“Sebaik ikan itu berjaya dijinakkan, Natalie menangis kerana terlalu gembira dan kami juga terharu melihat kejayaannya itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: