Tuesday, May 26, 2009

Tauke kafe siber buat VCD lucah


Azmi menunjukkan cakera keras yang diguna untuk membuat salinan VCD lucah di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Taktik seorang peniaga menjalankan kegiatan menyalin dan menjual video cakera padat (VCD) lucah dengan berselindung di sebalik operasi kafe siber sejak dua tahun lalu akhirnya terbongkar selepas diserbu polis.

Dalam serbuan tersebut, peniaga berkenaan yang berusia 36 tahun ditangkap ketika leka membuat salinan video lucah ke dalam VCD di kedainya di Bukit Payong, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam memberitahu, dalam serbuan pada 6 Mei lalu itu pihaknya turut menahan seorang pembantu kafe siber terbabit yang berusia 26 tahun.

"Ketika tangkapan dilakukan beberapa pengunjung turut berada di dalam premis yang beroperasi tanpa lesen itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat sini semalam.

Beliau memberitahu, pihaknya sudah lama mengintip kegiatan suspek yang dipercayai membuat salinan VCD berdasarkan permintaan dan kebanyakan pelanggan adalah remaja tempatan.

Jelasnya, dengan tangkapan itu, sebanyak tujuh cakera keras mudah alih yang mengandungi pelbagai video lucah dipercayai dimuat turun dari Internet dirampas.

"Selain itu, kita juga merampas sekeping VCD lucah serta beberapa alatan komputer yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: