|
| KISAH artis menamatkan zaman bujang bukan lagi cerita sensasi yang ingin dikongsi bersama peminat. Apa yang SS lihat, makin ramai artis kita yang tampil mengumumkan majlis perkahwinan kepada media dan tidak keberatan menjemput wartawan membuat liputan majlis mereka. |
Tapi ada juga yang sembunyi, tapi itu kes lain mungkin kerana ada sesuatu yang ingin dirahsiakan. Pada pandangan SS, perkara baik macam ini elok dihebahkan menerusi media. SS dan rakan media lain tidak mempunyai masalah untuk hadir jika ada jemputan.
Dalam sibuk bercerita artis mana berkahwin selepas ini, SS tertarik berkongsi cerita di sebalik perkahwinan Diana Rafar dengan Zamarul Hisham baru-baru ini.
Rakan SS yang ditugaskan membuat liputan majlis itu melalui pengalaman 'menarik' di sana. Kata rakan SS tidak dinafikan majlis persandingan yang diadakan pada sebelah malam dengan konsep taman itu memang meriah.
Namun, dalam kemeriahan ada juga tetamu termasuk rakan SS terpaksa gigit jari. Bukan sebab tidak dapat duduk atas pelamin, tetapi tidak ada tempat duduk untuk menjamu selera.
Sebelum itu rakan SS dilayan seperti bola, akhirnya ambil keputusan duduk tepi longkang dan menyaksikan perkahwinan mereka menerusi skrin layar besar yang berada di situ.
Rakan SS sebenarnya malas untuk bercerita panjang apa yang dialami, tetapi sekadar mahu memberi pengajaran kepada artis lain yang ingin berkahwin agar merancang teliti soal tempat duduk tetamu khususnya wakil media yang hadir untuk bekerja.
Sebabnya media dijemput membuat liputan, sebaiknya sediakan tempat duduk untuk kemudahan bertugas. Tidak cukup dengan itu, rakan SS mengadu ada pula penaja tidak berpuas hati sebab namanya tidak disebut dalam artikel.
Pada SS, soal penaja artis dan penaja harus faham, mereka bersedia menaja majlis artis itu dan tidak semestinya media mesti paparkan kerana penaja berurusan dengan artis bukannya media.
Tapi ada kalanya dinyatakan atas budi bicara antara kedua-dua pihak. Jadi, tidak perlu timbul kenapa media tidak sebut nama mereka.
Merujuk majlis Diana dan Zamarul, satu penaja menghubungi pejabat SS memberitahu merekalah yang bertanggungjawab menyediakan pelamin, tetapi dalam artikel rakan SS itu, dinyatakan Kuzie Catering ada disebut seolah-olah memberi persepsi mereka menaja keseluruhan persiapan majlis.
Perasaan tidak puas hati turut diluahkan pengantin kepada rakan SS kerana ada penaja tidak puas hati nama mereka tidak disebut.
Tidak sangka pula SS cerita taja menaja ini jadi isu. Sebabnya setahu SS, Zamarul dan Diana sebelum ini ada mengatakan majlis mereka tidak mendapat tajaan mana-mana pihak kerana mahu buat sendiri, tapi kini ada pula penaja yang bising.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: