Dalam Pancaindera minggu lepas kawan Niezam si Joyah yang cantik manis orangnya menulis mengenai aduan seorang pelanggan yang tak puas hati dengan pekerja Bangi Kopitiam di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Dalam aduan tu, pelanggan tersebut minta Kid, bekas anggota kumpulan Search yang juga salah seorang pemegang saham restoran tu tegur sikit pelayan restoran yang sibuk nak tutup kedai walaupun masih ada pelanggan dalam restoran.
Pelanggan tu naik angin sebabnya masa dia tengah makan, pelayan restoran asyik berkemas termasuklah menyapu sampah sana-sini.
Selepas keluar cerita tu, Kid ada telefon Niezam hari Khamis lepas dan dia ambil kesempatan minta maaf kepada mana-mana pelanggan yang mengalami masalah itu.
Kata Kid, dia dah bagi teguran kepada pekerja restoran di cawangan Taman Melawati supaya tidak bersikap macam itu lagi. Malah pihak yang bertanggungjawab juga sudah diambil tindakan.
Malah kata Kid dia memang kecewa dan masalah tersebut tak sepatutnya berlaku.
Mengikut peraturan kalau pelanggan masih ada, pekerja restoran tak boleh kelam kabut nak tutup kedai.
Nak sapu sampah atau tutup kipas pun tak boleh. Yalah... sah-sah nanti habuk-habuk yang berterbangan akan masuk dalam pinggan mangkuk pelanggan.
Kerana peristiwa itu Kid mengaku dia agak sedih dan berharap kejadian yang sama tak berulang lagi.
"Saya dah jumpa dengan pekerja di restoran itu dan sudah bagi nasihat kepada mereka. Saya janji masalah berkenaan tak akan berlaku lagi," kata Kid.
Menurut Kid kalau selepas ini mana-mana pelanggan yang tak puas hati dengan mutu pekerja restoran di mana-mana Bangi Kopitiam, boleh mengadu terus kepada pengurus restoran yang ditempatkan di setiap cawangan.
Selain di Taman Melawati dan Bangi, cawangan lain yang ada Bangi Kopitiam termasuklah Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Setakat ini restoran tu dah ada kira-kira 100 orang pekerja.
Kepada Kid tahniahlah kerana berjaya dalam bidang perniagaan. Walaupun dah hidup senang sekarang ni Kid pun tak sombong. Tengok tu bila ada silap terus dia minta maaf.
Mudah-mudahan rezeki Kid akan terus melimpah ruah.
NIEZAM: Serik minum kopi arang di Jogjakarta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: