Friday, May 1, 2009

RM1 juta milik siapa?


MENANTI detik tengah malam ini, salah seorang daripada mereka akan diumumkan ‘jutawan segera’ sekiranya men juarai One In A Million (OIAM), yang melabuhkan tirai musim ketiganya malam ini.

Mungkinkah Tomok, Eshter atau Aweera? bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM1 juta pada acara kemuncak yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, bermula jam 8.30 malam.

Segala keputusan, terletak di hujung jari anda selaku penonton yang berkuasa 100 peratus dalam menentukan nasib pemenang.

Yang pasti, berbanding dua musim sebelumnya, tahun ini agak sukar meramalkan siapakah akan bergelar juara kerana setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

Tomok misalnya, melalui satu transformasi dan berjaya membuktikan kehebatan vokalnya yang sebelum ini tidak dapat disaksikan sewaktu dia bersama kumpulan New Boyz. Selain mempamerkan kehebatan lain khususnya penguasaan dari sudut komposisi lagu.

Eshter, pemilik suara emas yang hanya pandai menyanyi kini menunjukkan prestasi membanggakan kerana kemam puannya tampil dengan idea menarik dalam mewarnakan persembahan.

Begitu juga dengan Aweera yang memiliki vokal ‘high picth’, sekali gus mempopular dan mengembalikan semula zaman kegemilangan penyanyi rock 80-an.

Malah, berdasarkan undian yang sering dipaparkan dalam diari kedudukan nombor satu sering berganti nama. Ada kalanya Eshter, ada masanya Aweera begitu juga dengan Tomok.

Bahkan, sebagaimana diumumkan menerusi konsert ming guan yang lalu, kemungkinan besar ketiga-tiga peserta ber peluang bertanding di peringkat akhir.

Sedangkan, jika menyingkap musim lalu, salah seorang peserta akan disingkirkan terlebih dulu sebelum mem benarkan dua lagi peserta bertanding merebut gelaran juara.



Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 24, sewaktu ditemui dalam majlis ramah mesra bersama Top 3 OIAM 3 di Pulse, aras 1, Hotel Grand Millennium, Bukit Bintang, baru-bau ini berkata, dia berbangga kerana terpilih sebagai salah seorang daripada tiga peserta terbaik.



“Sudah tentu saya tersangat gembira menjadi peserta ‘top 3’. Pada masa sama berdebar kerana boleh jadi hanya dua atau mungkin tiga peserta yang akan bertanding pada malam kemuncak nanti.

“Semestinya saya berharap untuk menang tetapi tidak mahu memikirkannya sangat kerana fokus saya sekarang memberi sepenuh perhatian pada muzik dan persembahan malam itu.

“Saya banyak bekerjasama serta meminta nasihat daripada Aubrey Suwito selaku komposer kepada sebuah lagu baru yang bakal saya nyanyikan iaitu Rindu Terhenti yang mana liriknya ditulis Tinta S,” katanya.

Tomok akuinya, meskipun mempunyai pengalaman muzik dan menjadi artis berbanding peserta lain dia tidak pernah berasa selesa.

“Seperti pernah saya nyatakan sebelum ini tidak pernah rasa selesa. Minggu lalu misalnya, saya menduduki tangga ketiga, cuma satu tangga diatas daripada Nine yang tersingkir malam itu.

“Sekarang kami tinggal bertiga, mungkin saya peserta terbawah sekali. Justeru, saya berharap dengan usaha serta perubahan yang dilakukan sepanjang OIAM membuka mata peminat.

“Diharapkan agar mereka terus menyokong dengan meng hantar undian supaya saya diberikan peluang beraksi di acara kemuncak nanti.

“Saya harap dapat memecahkan tradisi OIAM yang sebelum ini menobatkan dua peserta wanita sebagai pemenang selain menjadi artis pertama menang dalam pertandingan ini,” katanya.

Jelas Tomok, seandainya RM1 juta menjadi miliknya, dia mahu memiliki studio dan baki selebihnya digunakan untuk menerbitkan album solo (berkonsepkan pop rock) yang menjadi impiannya sejak sekian lama selepas 10 tahun berjuang dengan New Boyz.

Malam ini, Tomok akan mendendangkan single solo ba runya, Rindu Terhenti serta Hanya kau Yang Mampu di popularkan oleh Aizat.

Eshter pula bertuah memperoleh lagu daripada Sharon Paul iaitu Mimpiku. Selain menyanyikan semula Please Don't Stop The Music (Rihanna) yang disuntik elemen salsa dan di sampaikan dengan gayanya yang tersendiri.

Sementara itu, Aweera mahu memanfaatkan persemba hannya dengan membawakan lagu kegemaran seperti Sampai Syurga (Faizal Tahir), My Baby You (Marc Anthony) dan Hukum Karma (Wings) berserta sebuah single pertamanya, Ku Di Sini ciptaan Lin Li Zhen.

Eshter atau Elizabeth Applunius Chin, 21, berkata, pe rasaannya ketika ini gembira berbaur gementar dan tidak pernah menjadikan statusnya sebagai peserta tunggal wanita sebagai satu kelebihan.

“Semua peserta Top 3 mempunyai kelebihan masing-ma sing. Terus-terang saya paling gementar bersaing disamping Tomok kerana sokongan peminatnya kuat.

“Walaupun pada awalnya dia tidak begitu menyerlah namun saban minggu Tomok membuktikan kemampuannya tampil dengan persembahan mengejutkan dan meyakinkan pe nonton.

“Pun begitu tipulah kalau saya kata tak mahu menang, namun saya menyerahkan keputusan ditentukan penonton. Yang pasti saya mahu persembahan malam itu menjadi sesuatu yang mampu dikenang,” kata gadis berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.

Mahu memanfaatkan wang satu juta untuk menghasilkan album berkonsepkan R&B, Eshter juga bercita-cita me lanjutkan pengajian dalam bidang muzik.

Berlainan pula dengan Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham, 18, kerana jika dia ditakdirkan menang perkara pertama yang ingin dilakukannya adalah untuk membawa keluarganya keluar dari kesempitan hidup.

Bahkan, saat ditanya kenapa tidak patut menjuarai per tandingan itu dengan yakin Aweera mengatakan dia adalah yang terbaik.

“Saya bersyukur sampai ke peringkat ini dan mat meng hargai sokongan peminat, kerana sedar ramai sebenarnya di luar sana ingin duduk di tempat saya.

“Harapan untuk menang memang tinggi tetapi tidak mahu terlalu ‘over’. Jika rezeki menang satu juta, pertama sekali mahu bantu ibu-bapa, mungkin buat rumah untuk mereka dan hantar mereka menunaikan Umrah di Makkah.

“Kemudian hendak buka studio dan hasilkan album solo yang mengenengahkan konsep ‘modern rock’ yang relevan dengan peredaran zaman,” katanya.

Terdahulu menerusi ucapan Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, dia cukup berbangga dengan prestasi ditonjolkan tiga peserta akhir OIAM3 ini.

“Mereka adalah peserta final yang terbaik pernah kami temui dalam sejarah OIAM. Mungkin sebelum ini saya pernah memperkatakan hal yang sama dalam musim se terusnya tetapi terus-terang musim ini paling membang gakan,” katanya.

Izham juga tidak menolak kemungkinan, menyerapkan dua peserta bukan juara berjaya dibawah pengurusan 8 Unit dan memberi peluang merakamkan album di bawah Monkey Bone.

“Kalau ikutkan kontrak program ini, hanya album untuk juara saja akan diterbitkan kerana kos pembikinan album termasuk dalam wang yang dimenangi mereka.

“Namun, kami tidak keberatan memberikan peluang kepada peserta lain jikalau mereka benar-benar berpotensi. Salah satu caranya 8 Unit yang akan mempromosi dan membantu menguruskan kerjaya mereka untuk tempoh tertentu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: