
SEDANG enak Marilyn menikmati minum petang sambil makan goreng pisang di beranda rumah, tiba-tiba Miss T menelefon. Katanya dia ada cerita tentang pengacara yang berangan cantik dan kononnya dialah manusia paling hebat di muka bumi ni.
Dia cukup pantang kalau terdengar atau melihat ada pengacara lain yang lebih bagus. Tanpa teragak-agak dia akan menghentam pengacara lain yang tak membuat sebarang dosa dengan dirinya.
Bukan setakat mengumpat dengan orang di sekeliling, pengacara suam-suam kuku itu sanggup bercakap tentang keburukan pengacara yang tak disukainya dalam program TV. Memang dahsyat tu!
Walaupun tak terang-terangan menyebut nama pengacara yang seorang itu, namun peminat tak bodoh dan tahu siapa yang sedang diejek. Pengacara ‘cap ayam’ itu tanpa rasa bersalah sering mempersendakan gaya penyampaian pengacara lain yang dianggap ‘musuhnya’ itu.
Pengacara seorang lagi yang memang diketahui lebih jelita, bersopan-santun dan hidup mewah berbanding pengacara itu, hanya mampu mendiamkan diri apabila diperlakukan sedemikian.
Marilyn tak tahu hendak bercakap apa. Patutlah pengacara itu tak mampu pergi jauh walaupun cuba berusaha sedaya-upaya untuk ‘terbang’ lebih tinggi dalam dunia seni.
Tak berkat agaknya apa yang dia buat selama ini kerana banyak sangat cubaan untuk menjatuhkan orang lain dengan cara yang tak baik.
Marilyn: Sabar adalah makanan terbaik bila diri ‘ditikam’ atau jadi bahan umpatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: