
INI pula kisah transformasi tapi bukan transformasi dalam Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), sebaliknya kisah transformasi yang Marilyn nampak depan mata dan dengar dengan cuping telinga sendiri.
Marilyn tertarik dengan program hiburan bermaklumat di RTM, tajuknya Diva @ 1.
Bagi Marilyn, yang dah lama dalam industri hiburan ini, rasanya program itu berisi, tidaklah kosong. Apa yang penting rancangan itu jauh lebih bernas daripada satu rancangan hiburan hari Ahad yang disiarkan sebuah stesen swasta. Rancangan tu? Huh, Marilyn anggap tak lebih daripada hendak mencari keburukan artis atau produk seni.
Bagi Marilyn semua yang ada dalam Diva @ 1 dah mencukupi dan memadai untuk tampil sebagai penyalur informasi seni dan hiburan tempatan. Pakejnya menarik, seiring dengan perkembangan semasa. Ada wajah-wajah baru sebagai hos di studio dan pelapor di lokasi yang cekap menangkap isu panas.
Tapi, bukan nama Marilyn, kalau tak mencuit di sana-sini. Bukan untuk keburukan tapi kebaikan semua pihak supaya Diva @ 1 lebih ada umphh! Cuma Marilyn kurang berkenan dengan cara penyampaian suara latar. Lemah, lemau dan layu, tak bermaya saja kedengarannya. Senang cerita, tak serasi dengan suara hosnya yang energetik. Hos punyalah bersemangat tapi sampai ke suara latar, ya ampun. Macam suara perempuan tengah berpantang yang baru dua hari bersalin. Lemah longlai, kurang mantap dan membuatkan selera Marilyn untuk menonton hilang entah ke mana walaupun isi kandungan rancangan itu sangatlah menariknya. Sampaikan ada kawan Marilyn yang mulut tak makan saman kata si penyumbang suara latar tu baca macam ulas belasungkawa orang mati! Sampai macam tu sekali.
Marilyn: Nak tranformasi diri supaya lebih cantik, dengan tambah vitamin ‘sopan santun’.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: