![]() |
| |
KUALA LUMPUR – Pelakon Norish Karman (gambar) kecewa apabila bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir menolak segala tuntutan yang dibuat berhubung nafkah anak-anaknya dalam majlis sulh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Dakwa Norish, Hashimuddin bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah telah menolak segala perbincangan dan hanya mahu menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.
“Kalau begini tiada kesudahan, sedangkan dalam hal ini kena ada kerjasama kedua-dua belah pihak, kita tunggulah di mahkamah nanti,” luah Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman.
![]() |
| Hashimuddin |
Sehubungan itu, majlis sulh yang berlangsung secara tertutup selama 40 minit gagal mencapai sebarang penyelesaian sehinggalah perbicaraan didengar pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Norish, 34, dan Hashimuddin, 60, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti di Negeri Sembilan hadir di mahkamah semalam secara berasingan dan masing-masing tidak ditemani peguam.
Pada 27 April lalu, Norish selaku plaintif dalam permohonan perintah nafkah sementara menuntut Hashimuddin yang dinamakan sebagai responden membayar nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga orang anak mereka.
Aktres berasal dari Singapura itu turut menuntut Hashimuddin menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi gaji pembantu rumah.
Selain itu, pelakon Spa Q itu turut memohon perintah mahkamah supaya responden mengembalikan segera kenderaan Nissan Murano yang sebelum ini digunakan untuk membawa anak-anaknya ke sekolah.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: