Sunday, May 17, 2009

Minum air akar kayu - Jamal

AMAL Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali telah mencecah usia 50 tahun. Dalam usia itu, Jamal bertambah matang dan banyak berubah.

Perubahannya begitu ketara sekali setelah dia menghabiskan masa selama tiga tahun di Rumah Pengasih. Kalau dulu berat badannya hanya 58 kilogram, kini telah bertambah menjadi 64 kilogram. Penyanyi yang pernah dibesarkan di Brunei ini juga nampak lebih ceria dan semakin mempunyai keyakinan diri.

Berkat ketabahan dan keyakinan diri berada di dalam Pengasih, Jamal menyatakan rasa lega dan syukur kerana dia kini bebas dari najis dadah. Selain sibuk dengan persembahan nyanyian untuk majlis-majlis korporat, Jamal juga akan mengadakan sebuah konsert muzikal Kembara Seniman dengan kerjasama Istana Budaya.

Menurut Jamal, dalam usianya yang semakin meningkat ini, dia ingin mencuba yang terbaik dalam kehidupannya bagi menggantikan kisah hitam yang pernah dilalui sebelum ini. Konsert Kembara Seniman inilah sebagai satu cara dan bukti yang dia masih lagi diterima ramai peminat.

Sorotan kisah perceraian yang masih dalam kes mahkamah sekarang ini juga mendapat perhatian ramai. Namun bagi Jamal dia tidak mahu hal itu diperbesarkan ataupun dibahas. Segala yang berlaku adalah kisah lalu yang pernah dilalui, dan dia sendiri menyerahkan semua itu pada takdir.

Nampak sekarang Jamal banyak berubah. Tengok rambut pun baru, betul ke orang kata Jamal tanam rambut?

Saya tak mahu komen tentang hal itu.

Kulit Jamal juga nampak bersih. Ada buat rawatan botox ke?

Mana ada… saya dari dulu lagi jaga penampilan saya. Ini pun saya tengah berjogging ni. Bila awak telefon, saya berhenti sekejap.

Oh ye ke? Selalu ke berjogging?

Dalam seminggu kalau ada masa tiga kali saya jogging.

Jogging kat mana?

Sekitar kawasan Pengasih, kat sini banyak pokok-pokok dan bukit. Sesuai untuk berjogging.

Satu hari berapa kilometer?

Ala, dalam dua kilometer sehari

cukuplah. Bukannya apa, saya ini penyanyi, jadi kena jugalah jaga stamina. Kenalah keluarkan peluh. Sejak saya duduk di sini, inilah kegiatan saya. Biarpun dah 50 tahun, badan kena jaga juga.

Selalu jogging dengan siapa?

Seorang je…

Selain jogging, apa lagi yang Jamal amalkan untuk jaga badan.

Saya tak ambil ubat-ubat lain, kecuali vitamin C. Dalam dua kali seminggu saya ambil ubat untuk cuci toksid dalam badan. Selain itu saya juga amalkan minum air rebusan akar-akar kayu. Itu saya. Lagi satu, saya selalu amal gunakan selipar refleksologi. Rasanya 15 tahun dah saya amalkan tu.

Tengok buntut abang semakin naik sekarang, cucuk botox ke?

Geli hati lak bila dengar soalan tu. Mana ada. Saya sejak kecil memang tonggek. Malah saya pernah digelar nyamuk masa budak-budak dulu. Nyamukkan tonggek (ketawa). Masa saya terlibat dengan najis dadah tu memanglah leper buntut saya. Tapi setelah bersenam secara serius sejak di Pengasih, nampak cantiklah sikit. Mungkin sebab saya selalu berjogging.

Bila dah sampai usia 50 tahun ini, abang rasa nak bergaya lagi ke?

Bergaya tu boleh, tapi saya tengoklah apa yang patut. Kalau fesyen tu saya memang suka ikut perkembangan, tapi sekarang ini saya kenakan fesyen yang sesuai dengan usia, badan dan trend. Tapi tidaklah over sangat.

Tentang konsert yang akan datang, Kembara Seniman, Jamal rasa ia dapat sambutan?

Saya percaya konsert saya kali ini bukan sekadar konsert yang pernah saya buat sebelum ini. Kalau mahu rasakan kelainannya, saya syorkan peminat di luar sana pergi tengok. Setakat ini penaja dah ada, tapi biasalah, kita kalau boleh nak cari penaja-penaja lain juga. Harga tiket memang agak mahal sikit, tapi sebab apa ia mahal, sebab ia ada kelebihan. Contohnya tiket premium, yang dijual hanya untuk 100 tempat duduk akan mendapat cakera padat album saya yang terbaru dan juga makan dan minum ringan sebelum persembahan. Kembara Seniman ini akan berlangsung selama lima malam, dan saya sudah membuat persiapan selama tiga bulan sebelum itu. Saya harap peminat di luar sana dapat berikan sokongan kepada saya dan lihatlah kelainan yang pastinya akan memberikan kepuasan kepada anda.

Bila agaknya Jamal nak keluar dari Pengasih?

Rasanya bukan dalam masa yang terdekat. Saya mahu segala permasalahan saya selesai sepenuhnya, bila fikiran dan hati tenang barulah saya buat keputusan keluar dari sini. Saya juga dah ada perniagaan sekarang ini dan saya nak berikan tumpuan yang lebih.

Tentang kes mahkamah yang masih belum selesai lagi… ia banyak disorot oleh media. Penerimaan Jamal macam mana?

Saya percaya wartawan boleh menaikkan dan menjatuhkan artis. Tapi wartawan juga perlu dan sanggup bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Selama ini saya juga baik dengan wartawan, tapi itulah… janganlah menangguk di air yang keruh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: