Band Gigi kini mencapai usia 15 tahun. Nama Gigi memang terkenal dan mempunyai jutaan penggemar bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia juga.
Gigi juga dikatakan antara band yang setiap kali berjaya apabila mengadakan konsert. Oleh itu rancangan mengadakan konsert di 10 buah kota di Indonesia telah dirancang rapi oleh band ini. Namun segala rancangan terkandas kerana konsert yang dirancangkan ditolak oleh kerajaan.
Kekecewaan ini bukan sahaja dirasai oleh Gigi tetapi juga peminat mereka kerana alasan yang diberikan oleh kerajaan hanyalah alasan kecil dan dianggap sengaja dibuat-buat. Alasan penolakan tersebut kerana tempat yang akan diadakan konsert adalah kecil yang tidak sesuai bagi sebuah band yang bertaraf nasional.
Untuk tidak menghampakan peminatnya Gigi telah mengadakan juga konsertnya di Bentara Budaya bagi meraikan 15 tahun penubuhan band tersebut. Konsert yang diadakan secara percuma itu dipenuhi dengan penonton yang datang dari pelbagai golongan dan usia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: