Sunday, May 17, 2009

Gita Gutawa keliling dunia

Gita Gutawa gadis cilik berusia 16 tahun ini mengelilingi dunia untuk menjadikan impiannya satu realiti. Bukan kerana ingin melancong sebaliknya ingin menyiapkan sebuah album yang benar-benar bermutu untuk peminatnya.

Anak kepada Erwin Gutawa ini bukan sahaja dikenali di negara kelahirannya tetapi juga di negara jiran Malaysia.

Setelah berjaya dengan album pertamanya kini Gita muncul dengan album kedua berjudul Harmony Cinta dengan menampilkan lagu hitnya Aku Cinta Dia.

Gita belayar keempat benua untuk menghasilkan album ini. Untuk merakam suara. Gita terbang ke benua Eropah bagi mendapatkan mutu suara yang memuaskan. Bagi melakukan mixing Gita melanjutkan perjalanannya ke Australia dan kemudiannya ke Amerika Syarikat untuk proses mastering supaya hasilnya terbaik dan terakhir sekali kerja-kerjanya dilakukan di negara kelahirannya Indonesia.

Albumnya menampilkan genre fun yang berbau pop dan pop klasik yang bersesuaian dengan penampilan remajanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: