
SHIA LABEOUF hampir merosakkan pengalaman pertamanya dalam melakukan hubungan seks dengan mendakwa dia sudah biasa melakukannya.
Pelakon filem Transformers itu mengakui hilang teruna empat tahun lepas, ketika dia berusia 18 tahun, namun dia mengakui telah dhimpit pelbagai kesukaran ketika itu.
Dalam satu temu bual dengan majalah Playboy, LaBeouf menjelaskan: "Atas sebab-sebab tertentu saya cuba berlagak seperti lelaki yang sudah banyak melakukan seks. Saya tidak mengakui saya masih teruna dan berlagak macho, tetapi sebenarnya hati saya bukan main kecut."
LaBeouf bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah gadis yang berjaya memecahkan terunanya itu. "Siapa gadis itu tidak penting, yang penting adalah dia telah menjadikan saya seorang yang berhati-hati dalam melakukan hubungan seks," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: