Sunday, May 17, 2009

Heliza seorang ustazah




SEBELUM ini dia sering dilabel sebagai 'plastik', hipokrit dan pelbagai andaian negatif lain di sebalik imej perempuan baiknya.

Namun dia menganggap itu adalah asam garam dunia hiburan.

Mula dikenali menerusi Akademi Fantasia kelima, Heliza atau Nur Heliza Helmi, 23, bagaimanapun membuktikan bahawa individu yang menutup aurat dengan personaliti yang putih bersih tetap akan diterima peminat.




Bertekad menjadi seorang artis serba boleh, Heliza memberanikan diri dengan terjun ke bidang lakonan pula apabila bergandingan dengan Awal Ashaari dalam filem terbaru Metrowealth International Group (MIG), Syurga Cinta.

"Saya masih baru dan perlukan tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon lain.




"Mereka banyak membantu terutama pasangan saya, Awal yang memegang watak Irham," katanya yang menjadi Cikgu Syuhadah dalam filem tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: