Monday, May 25, 2009

Gisele hamil zuriat sulung


GISELE dan Tom bakal menimang cahaya mata mereka.


GISELE BUNDCHEN dilaporkan kini sudah hamil anak sulung hasil perkongsian hidupnya bersama suaminya, Tom Brady. Menurut RadarOnline, supermodel berusia 28 tahun itu sudah mengumumkan mengenai berita gembira tersebut kepada rakan-rakan rapatnya.

Namun, pasangan itu enggan membuat komen mengenai perkara tersebut.

"Gisele sangat bijak menyimpan rahsia, dan seperti juga perkahwinannya dulu, berita mengenai kehamilannya ini pun dia tidak mahu memberitahu media," ujar satu sumber.

Brady dan Bundchen berkahwin pada Februari tahun ini sebelum menjalani sekali lagi upacara perkahwinan mereka di Costa Rica pada April lalu.

Brady, 31, sudah pun memiliki seorang anak, John Edward Moynahan hasil hubungannya dengan aktres Bridget Moynahan. Brady meninggalkan Moynahan pada 2006 selepas bertemu cinta dengan Bundchen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: