Monday, May 25, 2009

Bogel untuk buang imej bersih


ZAC EFRON dan Vanessa Hudgens.


ZAC EFRON mempunyai cara tersendiri bagaimana mahu membuang imej remaja dan bersih yang diraihnya hasil populariti lakonannya menerusi siri filem High School Musical.

Caranya adalah dengan melakukan apa yang semua pelakon gred A Hollywood, khususnya pemenang Oscar melakukannya di layar perak - berbogel!

Bukan dia sahaja tetapi, Efron, 21, mahukan teman wanitanya yang juga gandingannya dalam siri filem tersebut, Vanessa Hudgens turut berbogel di layar perak atas alasan yang sama.

Satu sumber memberitahu National Ledger: "Zac percaya salah satu cara untuk membuang imej remaja dan bersih yang dikenali umum pada dirinya dan Vanessa adalah dengan berbogel di layar perak. Dia mahu mencipta nama sebagai pelakon gred A Hollywood dan dia mahu Vanessa melakukannya bersama dirinya."

Awal bulan ini, Vanessa membuat kenyataan mengakui dia ada memikirkan mengenai perkara itu, tetapi hanya menunggu masa dan skrip filem yang sesuai.

"Saya hanya akan berbogel di layar perak apabila tiba masa yang sesuai," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: