Sunday, May 10, 2009

Diana pohon doa

Hari Ahad ini pula hari jadi saya. Jadi apa yang kami harapkan ialah doa daripada semua pihak







MEMANG benar jodoh itu di tangan Tuhan. Namun kepelbagaian ragam dan rencah kehidupan menjadikan pencarian pasangan hidup suatu cabaran.

Setelah bertemu, diuji lagi dengan sebuah penantian.

Lapan tahun menyemai cinta bersama kekasih hati, akhirnya dilengkapkan jua dengan ikatan suci yang berkekalan. Tanggal 16 Mei 2009 dipilih sebagai tarikh keramat penyatuan dua jiwa.

Sentuhan MST Idea, Sharin Nordin, Pesona Anggun, Maya Fabrik dan juga Ema K pastinya merealisasikan detik bahagia pelakon Diana Rafar, 27, dan juga aktor Zamarul Hisham, 38.

Majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung di kawasan taman Garden Villa, Hotel Concorde, Shah Alam.

"Lapan tahun kami bercinta, akhirnya Allah bukakan juga hati kami untuk bersatu.

"Tak kisah orang nak cakap apa tentang perkahwinan itu nanti, yang penting niat kami suci," ujar Diana yang berjanji untuk menjadi isteri terbaik Zamarul.

Dia juga mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan spa yang diusahakannya selepas berkahwin nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: