Monday, May 18, 2009

Dengarnya...: Erra tayang Aleesya hujung minggu ini


NAMPAKNYA penantian semua termasuk peminat Erra Fazira untuk melihat anak kesayangannya akan tamat tidak lama lagi. Cik Normah dapat hidu satu majlis akan diadakan pada hujung minggu di sebuah lokasi yang agak sinonim dengan isteri kesayangan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Anak kesayangan mereka iaitu, Engku Aleesya selamat dilahirkan pada 30 Mac lalu. Namun ketika itu, rakan wartawan dan jurugambar pulang dengan hampa apabila tidak dapat merakamkan gambar bayi comel itu buat tatapan pembaca.

Semuanya atas alasan penyanyi dan pelakon jelita itu kononnya mahu berlaku adil kepada pihak wartawan yang setia menyokongnya selama ini. Cik Normah pun malas nak kenang kisah itu sebab setiap manusia di muka bumi ini ada hak masing-masing. Biarlah.

Cik Normah cuma harap Erra akan pegang janji dia untuk berlaku adil dan harapnya Erra akan menunaikan kata-katanya itu. Iyalah Cik Normah takut manalah tahu tiba-tiba saja keluar gambar anak Erra di media lain, habislah teman-teman sepejabat Cik Normah kena ‘bersoal jawab’ dengan bos. Terpaksalah meredah kegelapan malam semata-mata nak ambil gambar anak Erra.

Tapi Cik Normah percaya dengan janji Erra dan Engku Emran. Iyalah, lembu berpegang kepada tali, manusia berpegang kepada janji, lalu Cik Normah harap Erra akan mengotakan janjinya.

Sebenarnya Cik Normah ada menerima MMS gambar anak Erra sebelum ini. Apa yang mampu Cik Normah lakukan hanya menunjukkan gambar itu dekat teman sepejabat. Nak disiarkan dalam ruangan ini, kalau tidak sahih itu gambar anaknya, buat apa kan? Lalu, Cik Normah biarkan saja.

Mujurlah artis kita tak macam artis Barat, kerana gambar anak yang dilahirkan itu pasti boleh membuat duit. Bayangkan setiap penerbitan di Hollywood sanggup bersaing sesama sendiri untuk memastikan hak eksklusif gambar anak selebriti disiarkan di majalah, surat khabar atau laman web masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: