Wednesday, May 20, 2009

Dengarnya...: Adlin tak buat 'homework'


TERLANJUR menyebut nama Adlin Aman Ramlie, yang paling Cik Normah tergelak sakan apabila dia mempersoalkan di manakah keistimewaan lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar hingga dijadikan lagu tugasan kepada Isma. Hai, tak tengok Anugerah Industri Muzik-16 ke Adlin? Bukankah lagu itu sah-sah baru menang Lagu Pop Terbaik.

Sebelum ini pun dalam konsert mingguan AF7, Adlin pernah berkata yang dia tak pernah menonton dan mengetahui corak persembahan kumpulan Indonesia, Cokelat. Zaman sekarang kan ada laman sesawang You Tube, semua boleh diperoleh di hujung jari. Taip saja pasti keluar apa saja yang diingini. Gamaknya Abang Adlin kita ini kurang arif bab IT kot.

Takkan kalau pelajar AF dinasihatkan membuatkan kerja rumah dan penyelidikan terlebih dulu, dia sebagai pengkritik tak boleh buat. Nampak jumud sungguh. Cakap macam bagus, tapi dalam sesetengah aspek, jelas sekali nampak kurang cerdik.

Cik Normah bukan berniat nak menghentam Adlin. Tapi setidak-tidaknya dengan kehebatan Adlin bergelar anak seni yang nampak macam bijak pandai, Adlin kena tahu natijah setiap butir bicaranya. Tapi Cik Normah akur sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Cik Normah harap Adlin tak marah kalau terbaca ruangan ini. Cik Normah sekadar menegur saja. Sebelum terlupa, Cik Normah nak ucapkan selamat berbahagia dekat Adlin dan tunangnya, Emelda Rosmila yang akan bernikah di Perak pada 22 Mei ini selepas waktu Asar diikuti majlis berinai pada sebelah malamnya. Mereka akan bersanding pada 23 Mei di sebuah dewan di sana. Selamat pengantin baru Adlin dan Mel, semoga kekal sampai hujung nyawa.

1 comment:

  1. mmg betol pn...adlin tu macam bagus je..suh dia nyanyi ti br thu...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: