jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Friday, May 8, 2009

Arab Saudi anjur ratu cantik moral


KHADRA (kiri) menunjukkan risalah maklumat pertandingan ratu cantik moral kepada seorang wanita di Safwa, Arab Saudi Selasa lalu.


RIYADH - Pertandingan ratu cantik Arab Saudi akan berlangsung Sabtu ini dengan penyertaan seramai 200 wanita yang akan bersaing selama 10 minggu bagi merebut gelaran Ratu Cantik Bermoral.

Semua peserta diwajibkan memakai purdah manakala pemenang akan dipilih berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh mereka kepada ibu bapa masing-masing.

"Idea pertandingan ratu cantik ini adalah untuk menilai komitmen peserta terhadap nilai-nilai Islam.

"Ia merupakan alternatif kepada pertandingan ratu cantik konvensional yang mementingkan kecantikan tubuh dan wajah wanita," kata pengasas acara itu, Khadra al-Mubarak.

Menurutnya, penilaian dibuat berdasarkan cara peserta meluangkan masa bersama-sama ibu masing-masing di sebuah resort.

Panel hakim perempuan akan memberikan markah berdasarkan cara pergaulan mereka.

"Pemenang tidak semestinya berwajah cantik. Kami mementingkan kecantikan dalaman peserta," tambah Khadra.

Acara yang masuk tahun kedua itu menyaksikan jumlah penyertaan meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 75 orang peserta pada tahun lalu.

Pertandingan yang terbuka kepada wanita berumur antara 15 dan 25 tahun itu menawarkan wang tunai sebanyak AS$2,600 (RM9,164) selain hadiah lumayan lain kepada pemenang tempat pertama yang akan diketahui pada Julai depan.

"Saya menasihati peserta bahawa kemenangan tidak penting. Apa yang perlu ialah kepatuhan pada ibu bapa anda," kata pemenang tahun lalu iaitu seorang pelajar jurusan Bahasa Inggeris berusia 21 tahun, Zahra al-Shurafa.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: