ASSALAMUALAIKUM... Saya seperti terpanggil untuk membalas kenyataan NH Mohamad tentang sikap Aril yang dikatakan kebudak-budakan seperti yang telah tersiar di ruangan ini baru-baru ini.
Bagi saya adalah tidak wajar penulis berkenaan melemparkan tuduhan bahawa Aril berlagak, over dan menggunakan identiti abangnya untuk menarik perhatian umum.
Apa yang pasti sejak kehadiran Aril dalam AF7 bakatnya sebagai penghibur terserlah berkat asuhan guru-guru di akademi serta pengalamannya.
Buktinya Aril menerima komen-komen yang semakin membina daripada para pengkritik malahan pernah dikatakan born to be on stage.
Justeru terbukti dia benar-benar ada bakat yang boleh diketengahkan. Berilah dia ruang dan peluang untuk memperkembangkan bakat seninya. Siapa yang tidak ada kelemahan diri?
Jika penulis berkenaan ada pelajar yang menjadi kegemarannya, mengapa tidak ditulis artikel mengenai pelajar berkenaan? Bukankah itu lebih baik.
Mengapa menulis mengenai orang yang tidak diminati seolah-olah ingin meracun pemikiran orang yang mahu cuba-cuba menghargai bakatnya. Apakah yang tersirat di sebalik penulisan sebegitu?
saye setuju dgn kenyataan di atas...
ReplyDeletebagi saye,aril sgt2 berbakat...
aril pandai bawa diri...
diew sentiasa buat persiapan dlm ape jua...