Thursday, May 7, 2009

Sasau sebab putus cinta


ALKISAH percintaan artis, kalau menjadi ceritanya akan dicanang di sana-sini dan kalau tak menjadi sekalipun akan tetap dipalu gendang dikhabarkan orang di pelosok kota dan desa.

Cinta pasangan muda remaja, seorang tampan bergaya, dan seorang lagi dengan wajah jelita bak model Amerika Syarikat yang nak Marilyn khabarkan di sini, sebenarnya sudah lama berkubur. Pernah jadi kontroversi satu Malaya, tapi lama-lama orang naik muak juga sampaikan Marilyn kena morning sickness!

Tapi ini ada kisah terbaru yang Marilyn dengar disampaikan perisik khas Marilyn melalui SMS. Bunyi ringkas tapi panas cukuplah untuk buat tekak jadi kering terus kena pesan teh ais dari cafe Mak Ngah Debuan Kota depan ofis Kosmo! untuk melepas dahaga.

Begini kata SMS itu: “Kau tau tak, alah pelakon yang putus cinta dengan si aktres jelita tu, dengarnya sekarang tengah angau. Dia selalu dilihat asyik bercakap yang bukan-bukan dan selalu merapu-rapu. Dia sudah tak macam dulu lagi sampaikan keluarga sendiri dah mula naik risau dengan kelakuannya sekarang ni.”

Alahai, rendahnya daya keyakinan diri. Setakat putus cinta pun boleh jadi ‘pusing’ ke? Peliknya, kenapalah baru sekarang nak sasau, bukankah cinta mereka sudah lama berkecai? Pelik bin ajaib betul.

Nasihat Marilyn kepada aktor berbakat itu, pergilah berubat, Jumpa pakar kaunseling ke, pakar motivasi ke, biar jiwa kental sikit untuk jadi lelaki tulin yang tak sanggup meranakan diri hanya kerana si aktres pemusnah cintanya itu. Tak berbaloi jadi sasau sebab sekuntum bunga yang hayatnya pasti layu di kemudian hari.

Marilyn: Tak banyak lelaki terkecewa dengan diriku, cuma beberapa orang sahaja. Percayalah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: