CERITA kali ini masih lagi berkisar kepada selebriti hamil. Tapi tuan empunya badan tak adalah buat pengumuman. Cuma kawan-kawan terdekat saja yang tahu. Menurut si pembawa khabar yang gemar berimej seperti penyanyi Mawi ini, dia mendapat tahu bekas anggota Elite, Sasha dan Salyo bakal menimang cahaya mata.
Perkara itu baru saja disahkan beberapa minggu lalu. Pastinya berita ini sesuatu yang menggembirakan buat pasangan yang baru saja menyertai program realiti Sehati Berdansa. Selepas dua tahun berkahwin, baru kini Sasha dikurniakan zuriat. Malah dalam perkahwinannya yang terdahulu pun, Sasha tidak dikurniakan anak.
Itulah yang dinamakan rezeki.
Memandangkan kandungan Sasha masih lagi dalam peringkat awal, Cik Normah harap Sasha tak buat kerja yang berat. Banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Harapan Cik Normah, biarlah kandungan Sasha itu sihat dan bayi yang dilahirkan nanti comel, sama seperti papa dan mamanya.
Tapi bila diingat-ingat kembali, Cik Normah rasa ada tiga pasangan yang apabila menyertai program Sehati Berdansa, isteri mereka terus hamil. Sebagai contoh, seperti pasangan Mazin & Ida Chairunisa serta Khai dan Rosma.
Isteri mereka juga disahkan hamil sebaik saja menyertai program ini. Mungkin sudah menjadi rezeki mereka. Jadi Cik Normah harap, mana-mana pasangan yang inginkan cahaya mata itu, cuba sertai program menari ini, manalah tahu tiba-tiba lekat. Tak ke seronok?






No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: